Golongan ini adalah seorang yang penyabar, sungguh gigih dan bekerja keras. Pada zaman kanak2 nya, golongan ini amat memerlukan belaian, galakan dan kasih sayang. Golongan ini tidak boleh dipaksa untuk membuat sesuatu perkara atau pekerjaan kerana ia akan membangkitkan kedegilan diri sendiri dan golongan ini dapat melembutkan hatinya dengan kasih sayang dan berbicaralah dengan baik dan lemah lembut untuk menanbat hatinya..
Golongan ini kebiasaanya keras hati dan amat degil, kuat semangat serta bermotivasi tinggi, pemikirannya amat tajam, terlalu cepat dan mudah marah, pandai mengambil dan memujuk hati, tetap pendiriannya tetapi amat mudah pula dipengaruhi orang lain, mudah dipujuk dan suka dibelai, kuat daya firasatnya, memahami apa yang terlintas atau tahu isi hati orang lain tanpa diberitahu. Golongan ini juga mempunyai daya khayal dan imaginasi yang tinggi, pandai berdebat, suka sastera, seni muzik dan pergi melancong, tidak berapa gemar untuk tinggal di rumah, kadangkala tidak suka duduk diam, rajin dan bersemangat tinggi serta agak boros.
Golongan ini mampu melakukan sesuatu dengan berlebihan, dan tidak tahu bersederhana di dalam perhitungan terutama dalam soal pakai, makan dan minum...
0 PeNGuLaS:
Post a Comment