Cik Nor Miss Nor: FiRaSaT

KaWaN YaNg SeTiA

Showing posts with label FiRaSaT. Show all posts
Showing posts with label FiRaSaT. Show all posts

Monday, June 20, 2011

20 Februari dan ke atas

Golongan ini amat baik hati, mudah bergaul, mempunyai perasaan yang bertimbang rasa, sangat sayang kepada binatang. Golongan ini sungguh idealistik dan mempunyai pandangan yang jauh, gemar melakukan sesuatu dengan teratur serta menurut peraturan2 yang tertentu. Golongan ini juga kerap menyempurnakan @ menghabiskan kerja2 @ sesuatu tugas yang ditinggalkan oleh orang lain.

Golongan ini mempunyai personaliti yang amat menarik, mudah didampingi, pemalu, pemendam rasa, jujur, pemurah, mudah simpati, sangat sensitif dengan perkataan yang dituturkan, peka keadaan sekeliling @ orang lain, tidak cepat marah dan amanah, tahu membalas budi, pemerhatian dan penilaian yang tajam, suka berangan2, suka melancong, manja dan suka perhatian, suka hiasan rumah serta berbakat dalam bidang seni.

Golongan ini mampu untuk menjadi degil, kurang bertanggungjawab, kurang rajin, dan tidak cergas. Golongan ini amat gemar tinggal di kawasan berdekatan dengan air, serta sesuai dengan tugas @ pekerjaan serta perniagaan yang mempunyai hubungan dengan laut, sungai, empangan @ sebagainya. Golongan ini kemungkinan besar bagus dalam pembikinan karangan buku, cerita2 dan seerti dengannya kerana tajam pandangannya.


Like or comment maybe ?

21 Januari dan ke atas

Golongan ini sangat rajin belajar, banyak berfikir dan sabar. Ahli philosophi dan berperikemanusiaan serta golongan ini mudah berkawan dan dari segi kedudukan adalah baik. Golongan ini juga punyai banyak hubungan dengan orang kerana suka @ gemar berkawan. Tenaga adalah baik dan mampu untuk fokus @ memusatkan fikiran kepada sesuatu perkara. Golongan ini juga suka menyelidik kepada perkara2 saintifik, ghaib, astrologi adalah kegemaran golongan ini, tidak takut kepada perkara2 yang baru dan sentiasa mencubanya..

Golongan ini juga berfikiran abstrak, bijak, personaliti mudah berubah2, pendiam, pemalu, rendah diri, jujur dan setia, keras hati, tidak suka dikongkong, suka kegiatan lasak, sensitif, mudah mempamerkan kemarahan, tidak suka benda remeh temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, berani, bercita2 tinggi dan suka berangan2, pemerhatian tajam, suka berhibur serta bersukan, suka kepada seni, sangat romantik, cenderung kepada benda2 tahyul dan boros.

Pada zaman kanak2nye, memerlukan ramai kawan dan kasih sayang. Golongan ini juga harus tahu bagaimana untuk mengawal diri sendiri dan menghormati orang lain serta tidak mempamerkan kelakuan yang ganjil. Golongan ini kadangkala amat cerewet dalam hal makanan, gemar bersuka ria ditempat awam dan pelajari sesuatu dengan bacaan2 pengembaraan, saintifik dan tulisan2 yang progresif..

Like or comment maybe ?

21 Disember dan ke atas

Golongan ini sangat rajin, maju dalam sesuatu perkara yang dilakukan @ pekerjaan, punyai cita2 yang tinggi, tekun berusaha serta sabar. Golongan ini mungkin lebih berminat tentang ilmu2 berkaitan ketuhanan dan sangat tertarik pada kehidupan orang2 sufi, Semasa zaman kanak2nya, golongan ini mungkin seorang pendiam, kelihatan pasif tetapi sebenarnya amat sensitif serta memerlukan kasih sayang dan persahabatan.

Golongan ini mempunyai kebolehan mengambil kesempatan apabila mendapat sesuatu peluang yang baik, mampu menjawat jawatan yang tinggi2, kerana bercita2 tinggi, serius, suka mendidik dan dididik, mudah melihat kelemahan pada diri orang lain, suka mengkritik, rajin, kemas, teratur dan sensitif. Golongan ini juga pandai mengambil hati orang, pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, berdisplin, romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, sayang pada kanak2, suka duduk rumah, setia, perlu belajar kemahiran sosial dan kadangkala bersikap cemburu. Golongan ini juga suka mengambil berat terhadap kebajikan masyarakat dan sangat bermurah hati dalam memberi bantuan, kerap memberikan sesuatu terutamanya dari segi kewangan untuk kepentingan orang lain...

Like or comment maybe ?

22 November dan ke atas

Golongan ini sangat periang, bijak dan mempunyai harapan yang tinggi, murah hati, mempunyai penuh keyakinan pada diri, tidak tahu menyembunyikan sesuatu apa yang timbul dalam fikirannya. Golongan ini juga mempunyai cara pemikiran yang baik, praktikal, ahli psilosophi dan batin. Golongan ini menerangkan sesuatu tidak berpusing2 malah tegas dalam semua perkataan dan tindakan. Golongan ini juga pada kebiasaannya tepat apabila merancang sesuatu projek. Apabila golongan ini hidup secara dan dalam keadaan negatif serta mementingkan diri sendiri, maka golongan ini akan menjadi mudah resah, terlalu aktif dan menjerumus kepada peradang. Golongan ini semasa zaman kanak2nya mempunyai tindakan yang cepat, kuat berperasaan, sukakan binatang, sukan dan mengembara di tempat2 jauh. Semasa belajar di sekolah dahulunya golongan ini adalah seorang yang bijak. Golongan ini sangat setia, pemurah, patriotik, aktif dalam permainan dan pergaulan, kurang sabar, dan tergesa2. Bercita2 tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh, suka bergaul,suka dipuji, diberi perihatian dan dibelai, jujur, amanah, dan bertolak ansur, tidak pandai berpura2, cepat marah, perangai berubah2. Golongan ini tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, dan berfikiran logik, serta mahir di dalam sesuatu urusan dan pekerjaan...

Like or comment maybe ?

Sunday, June 19, 2011

23 Oktober dan ke atas

Golongan ini mempunyai karektor tegap, positif dan gigih, tajam pemikirannya, tidak banyak cakap, tekun dan kerap mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam mengkritik. Golongan ini juga selalu memberi jawapan yang tepat dan adakalanya tegas dan pedih. Jika dalam kehidupan golongan ini bekerja semata2 untuk kepentingan diri sendiri. Golongan ini mungkin boleh menjadi kepala batu, degil dan mempunyai perasaan dendam. Golongan ini juga mampu menjadi seorang yang sangat baik, bijak dan berpandangan dalam jika mengetahui akan kebolehannya,..

Golongan ini boleh menjadi ahli batin, sufi dan kerap tertarik kepada masalah ghaib. sangat setia, sabar, amanah, jujur. Golongan ini juga seorang yang sensitif, cekal, suka menunjukkan kuasa dan lebih suka dominan dalam perhubungan sosial. Banyak idea, berfikiran ke hadapan, unik dan bijak, baynah idea baru, tajam fikiran, daya firasat sangat halus dan tinggi, cermat dan teliti, personaliti dinamik, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan sabar, degil, tidak suka marah kecuali jika diganggu gugat, ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah dan mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, semangat dan daya juang yang tinggi, romantik, rajin dan berkemampuan tinggi, bercita2 tinggi, mempunyai daya cipta yang tinggi

Like or comment maybe ?

23 September dan ke atas

Golongan ini amat suka kepada keadilan dan kerap memilih kerja, sangat sensitif kepada keadaan sekeliling, suka dan gemar hidup dalam bersenang lenang dan bersosial. Golongan ini amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Golongan ini juga sungguh peramah, biasanya mudah mengamankan sesuatu perselisihan. Golongan ini tidak suka bekerja berat tetapi sangat sesuai untuk menjawat jawatan yang berpengaruh serta memerlukan kepercayaan. Perangai ramah dan menyesuaikan diri ini akan membawa kepada kejayaan dalam hidup anda..

Golongan ini suka bersembang, suka ambil jalan tengah, sopan santun, tidak pandai berbohong, berpura2, mudah simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hati mudah terusik tetapi merajuk tidak lama, cepat marah, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka mmenerima pandangan orang lain, suka berangan, pandai bercakap, daya firasat sangat kuat ( terutama perempuan ) suka melancong, dan mudah terusik hati, cemburu, ambil berat mengenai orang lain, suka kegiatan luar, adil, boros, mudah di pengaruhi oleh persekitaran dan mudah patah semangat. Golongan ini sentiasa berusaha untuk memelihara keharmonian..

Like or comment maybe ?

23 Ogos dan ke atas

Golongan ini merupakan seorang yang aktif dan cergas serta mudah mempelajari sesuatu, adakalanya sangat kritikal. Pembawaan golongan ini bisanya tidak menyenangkan orang2 yang bergaul dengannya. Golongan ini juga kerap dan suka mengkritik diri sendiri bagi memperbaiki sesuatu kesalahan. Golongan ini mempunyai tenaga fikiran yang baik dan tajam pengertiannya. Golongan ini boleh menyesuaikan diri dengan sebarang pekerjaan @ tugas yang memerlukan kecergasan dan penggunaan fikiran. Kelebihannya adalah raut wajah @ penampilannya tidak kelihatan begitu tua dan sukar untuk mengetahui usianya..

Golongan ini adalah sangat teliti, teratur, mengkritik, pandai bercakap, tenang, baik, mudah simpati, sangat prihatin, terperinci, amanah, setia, jujur, kerja sangat sempurna, sensitif, banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, bijak, mudah belajar, suka mencari maklumat, pandai mendorong diri, mudah memahami orang lain ( daya firasat yang tinggi ) kerana banyak simpan rahsia, suka bersukan, hiburan, melancong, jika terluka hatinya amat lama disimpan, terlalu memilih pasangan dan sangat sistematik. Juga mempunyai karektor yang suka mengkritik, pentingkan diri sendiri, sedih memikirkan diri dan kurang menunjukkan perasaan sendiri...

Like or comment maybe ?

21 Julai dan ke atas

Golongan ini amat baik hati, mempunyai kasih sayang, bermurah hati, kadang kala suka menyatakan kasih sayangnya kerana secara semulajadinya emosi dan perasaanya adalah mendalam dan timbul dari hatinya. Golongan ini sebernarnya suka berlawak, mudah tertawan, sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain, tidak tahu takut dan amat tegas, bersikap kepimpinan, pandai memujuk, pemurah, kadangkala egois, dahagakan pujian, semangat berjuang yang luar biasa, cepat marah, mudah mengamuk, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam, teliti, cepat berfikir, suka memimpin dan dipimpin, suka berangan, berbakat dalam seni lukisan, hiburan, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, belajar untuk menenangkan diri sendiri, bersikap kelam kabut, romantik, penyayang serta suka mencari kawan.

Golongan ini harus tahu untuk menghargai nilai wang serta menggunakan dengan baik dan berhemah. Penawar anda adalah kasih sayang, cinta, ketenteraman dan keharmonian. Golongan ini juga memerlukan banyak air, rehat dan tidur yang cukup, mengambil nafas dalam2 serta banyakkan bersuka ria, tabiat murah hati anda kadangkala mendatangkan kelalaian yang akhirnya akan merugikan..

Like or comment maybe ?

21 Jun dan ke atas

Golongan ini mempunyai fikiran yang boleh mendatangkan fikiran yang abik dan kerap menerangkan sesuatu perkara dengan jelas. Golongan ini amat kasih kepada keluarga dan kehidupan berumahtangga, sangat tekun serta rajin, sensitif dan taat kepada negara. Golongan ini sememangnya gemar akan mengenangkan kisah @ perkara yang telah berlalu bagi menunjukkan kekuatan mindanya..

Golongan ini mempunyai karektor iaitu mampu @ mempunyai ingatan yang amat kuat. Golongan ini amat seronok untuk didampingi, kuat berahsia serta sukar dimengertikan terutama lelaki, pendiam dan mementingkan maruah, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan.. Golongan ini juga mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain dan sangat peramah, mudah terluka, berjiwa sentimental, mudah memaafkan tetapi sukar untuk melupakan. Golongan ini tidak suka kepada perkara yang remeh temeh, amat penyayang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang amat tajam serta suka menilai seseorang @ sesuatu perkara itu dengan memerhati, mudah belajar, suka muhasabah diri, suka mengenang peristiwa @ kawan lama, suka mendiam diri sendirian, suka tunggu kawan tetapi tidak mencari kawan, tidak aggresif kecuali terpaksa, mudah disayangi, mudah terluka hati dan lambat pulih terlalu ambil berat dan rajin....

Like or comment maybe ?

21 Mei dan ke atas

Golongan ini mempunyai minda yang aktif dan selalu ingin mengambil tahu sesuatu perkara atau kejadian, gemar menyelidik serta bereksperimen dan mempunyai kebolehan mengunakan akalnya dengan baik. Golongan ini juga mempunyai kebolehan memandang sesuatu perkara itu dari dua sudut yang berbeza @ due persoalan yang berbeza serta kadangkala pula boleh memberi jawapan @ pandangan dari dua sudut @ segi dimana membuatkan orang lain sukar untuk memahaminya..

Golongan ini sungguh berfikiran jauh, mudah ditawan juga kerana sikapnya yang baik, lemah lembut, mudah berubah sikap, idea serta mood. Golongan ini mempunyai terlalu banyak idea, sensitif, sentiasa berfikir serta suka bertangguh dalam membuat sesuatu perkara. Golongan ini juga terlalu memilihkerana mahu yang terbaik, kadangkala cepat menjadi marah dan cepat sejuk pula. Sentiasa suka bercakap, berdebat, suka buat lawak jenaka, bergurau, cerdas, berangan2 dan pandai berkawan, sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, suka akan kekemasan, cepat bosan dan cerewet, kadangkala kurang mempamerkan perasaan dan cepat sembuh apabila terluka hati serta suka kepada barangan yang berjenama.

Golongan ini tidak menerima sesuatu dengan begitu sahaja kecuali atas sebab yang tertentu. Merupakan seorang suka menyelidik dan mengkaji dan lewat menamatkan sesuatu perkara..

Like or comment maybe ?

21 April dan ke atas

Golongan ini adalah seorang yang penyabar, sungguh gigih dan bekerja keras. Pada zaman kanak2 nya, golongan ini amat memerlukan belaian, galakan dan kasih sayang. Golongan ini tidak boleh dipaksa untuk membuat sesuatu perkara atau pekerjaan kerana ia akan membangkitkan kedegilan diri sendiri dan golongan ini dapat melembutkan hatinya dengan kasih sayang dan berbicaralah dengan baik dan lemah lembut untuk menanbat hatinya..

Golongan ini kebiasaanya keras hati dan amat degil, kuat semangat serta bermotivasi tinggi, pemikirannya amat tajam, terlalu cepat dan mudah marah, pandai mengambil dan memujuk hati, tetap pendiriannya tetapi amat mudah pula dipengaruhi orang lain, mudah dipujuk dan suka dibelai, kuat daya firasatnya, memahami apa yang terlintas atau tahu isi hati orang lain tanpa diberitahu. Golongan ini juga mempunyai daya khayal dan imaginasi yang tinggi, pandai berdebat, suka sastera, seni muzik dan pergi melancong, tidak berapa gemar untuk tinggal di rumah, kadangkala tidak suka duduk diam, rajin dan bersemangat tinggi serta agak boros.

Golongan ini mampu melakukan sesuatu dengan berlebihan, dan tidak tahu bersederhana di dalam perhitungan terutama dalam soal pakai, makan dan minum...

Like or comment maybe ?

Personaliti mengikut abjad

Dimulai dengan Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t...

Bende nie aq terbace dekat buku ayahku... So saje aq nak kongsikan dengan korunk sume.. Bende nie tak ada kaitan dengan yang hidup mahupon yang telah meninggal dunia.. cehhwahh..

So renung2 kan lah & selamat membace..

21 Mac dan ke atas

Kebiasaanya golongan ini akan berjalan dengan langkah yang berspring @ terhenjut2. Golongan ini kadangkala terlalu sensitif, sugul, cepat terangsang, pening @ sakit kepala kerana terlalu banyak berfikir, serta banyak tumpukan sesuatu kerja @ perkara. Golongan ini biasanya amat aktif serta dinamik, cepat buat keputusan kemudian menyesal, pandai memujuk, suka berkawan dan amat peka untuk menyelesaikan masalah orang lain. Sungguh berani, sangat suka mengembara, pengasih, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, agresif, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain serta terlalu cemburu.

Golongan ini juga mungkin mudah hilang semangat, kadang kala berasa amat bimbang, takut serta tidak lelap tidur, pemarah, gugup, letih otak, muram, pemarah tidak tentu pasal, sering kali berasa letih dan kekurangan tenaga, lemah dan gementar, kebiasaanya anda amat sensitif terhadap sesuatu kebisingan dan lain2 gangguan. Anda amat suka memikirkan sesuatu perkara...

Like or comment maybe ?

 
Copyright © . All Right Reserved by Cik Nor