Semalam Nor ada bercerita tentang anak Nor sendiri yang mengalami penyakit Autism kan.. Apa ada yang tak sempat nak baca.. Takpa boleh je klik SINI..
Ok hari nie Nor nak bagitahu pulak apa simptom-simptom Autism ini. Sebenarnya ciri-ciri Autism nie ada banyak.. Tengok kepada kanak-kanak tersebut. Bagi ibu bapa yang baru dapat anak, boleh ketahui dari cara pandangan dan perbuatan anak itu sendiri seawal umur setahun lebih. Macam anak Nor, Nor dapat kesan masa umur dia dalam setahun 10 bulan. So ikut perkembangan pada anak masing-masinglah..
Kanak-kank yang mengalami Autism nie, mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama dengan kanak-kanak normal. Autism tak sama dengan Sindrom Down yang memiliki rupa fizikal yang sama. Jadi ibu bapa kena lebih peka akan simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka. Setiap daripada pengidap Autism memiliki simpton yang berbeza. Antara simptom-simptom Autism adalah :-
Tidak menunjukkan eye contact.
Tidak bertindak balas terhadap senyuman.
Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding.
Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendiri.
Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apadbila dipeluk.
Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan.
Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Malah kanak-kanak 18 bulan ke atas, mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan.
Bagi pengidap Autism ini, mereka perlu penjagaan perseorangan secara berterusan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Mereka ini memerlukan perhatian yang lebih kerana mereka akan membuat sesuatu yang tidak disangka-sangkakan.
Bagi Nor yang memiliki anak istimewa ini, memang mengalami kesukaran untuk menjaga secara perseorangan. Kerana Nor bekerja jauh di negeri orang dan masa itu dapat Nor curi bila Nor cuti dan sabtu ahad je. Jadi bagi ibu bapa yang memilik anak istimewa ini, jangan lah merasa malu dengan orang lain. Kita anggap je ini dugaan dari Allah. Ari nie kita jaga anak istimewa ni. Mana tahu bila kita dah tua nanti mereka pula yang akan jaga kita. Insyallah.. Next entry pula Nor akan kongsikan pula Sensory Intergration Home Programs. Apa yang perlu kita buat dengan kanak-kanak istimewa ini dirumah...
0 PeNGuLaS:
Post a Comment