Cik Nor Miss Nor: PeSaNan

KaWaN YaNg SeTiA

Showing posts with label PeSaNan. Show all posts
Showing posts with label PeSaNan. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Bile kawan rapat menjadi musuh utama

Dimulai dengan Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t..

Berpandukan pada tajuk di atas, pernah tak terjadi kat diri korunk??? Ingat lagi aq mase mula2 sekolah rendah dulu, susah nyer nak bergaul.. Yela da stat di sekolah baru, kawan baru dan segalanyer baru lah...

Mula2 masuk sekolah kan masing2 malu2 kucing bagai nak berkawan... huhuhu... Pastue bile dah dapat kawan tue, heboh nak jadi BFF a.k.a BestFriend Forever lah.. Nak kawan sampai mati lah... Dah keje nak keje sama2 lah.. Tue sume dalam mimpi jela korunk pasang angan2 korunk tue..

Tapi tak lame tue, dalam geng korunk tue mesti ada yang macam mulut longkang, mulut tempayan dan segala macam mulut lah... Mustahil kalo korunk cakap kawan korunk sume nyer perfect... Bagi aq skang nak caya kat kawan2 aq tinggal 50-50 je... Lepas beberapa kawan aq tue dari mulut wangi menjadi mulut longkang... *wawawwa jahat nyer aq*

Hahahah...Tapi tak sume orang macam tue kan.. tapi korunk kene jage2 lah skang nie.. manusia skang nie bukan boleh caya sangat pon.. Zaman dah berubah dunia dah maju... hihihi...

Peace no war.. ^_^v

Diakhiri dengan Wassalam...


Like or comment maybe ?

Akhirnyer tunang jgak ko

Dimulai dengan Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t..

Sape sangke kan kawan rapat kite sudah sampai seru nyer untuk berumah tangga... Sungguh tak sangke dan sukar tuk aq nak mempercayainye... Aq TAK NAK terima kenyataan yang die dah tunang dulu dari aq... uwaaaa... :'(



Perangai pon macam budak2 lagi, tup2 dengar die nak tunang... >_<.. *jelas nie*.. Dah sampai seru die kan.. Nak wat camne.. Ape2 pon aq doakan korunk berbahagia sampai akhir hayat.. Pas nie ko tak leh nak notty2 lagi... huhuhuhu... p/s bile lah turn aq plak... huhuhu Diakhiri dengan Wassalam..


Like or comment maybe ?

Thursday, November 3, 2011

Tunggakan & Penjamin

Dimulai dengan Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t..

Orang tengah dok sebuk2 melayan customer, aq lak sebuk2 nak update blog..huhhu... Biarlah.. Disebabkan customer niela baru aq ada story cikit...

Story pasai tunggakan & penjamin... Aq bukannyer ape.. Kalo ada yang terasa tue, mintak maap lah bebanyak yea.. Aq juz nak bagi pendapat aq jerk...

Kalo kite nak mohon pinjaman, tak kesah lah pelajaran ke perniagaan ke... mestilah kene ada sekurang2 nyer sorang penjamin kan... Tue wajiblah kene letak.. Kalo tak memang tak cukup syarat lah nak wat pinjaman tue...

Tapi korunk dok senang2 dapat pinjaman (misalan da abis blaja ke)... Korunk tak terpikir ke nak buat bayaran balik.. Korunk tak kesian ke kat penjamin yang menjamin korunk tue... Kalo blajar sampai graduate takpe lah gak... Nie sampai setengah jalan je...

Pastue buat bodo tak mo bayar pinjaman tersebut.. Dah kene blacklist nama penjamin tue... Korunk tak terpikir ke yang penjamin tue ada kaitan ngan korunk ke pe ke... Macam sedara mare ke, kawan family korunk ke...

Tak ke malu mak ayah korunk nanti nak berdepan ngan diorang gara2 korunk bertunggak sampai blacklist name diorang tue...

Disebabkan sikap korunk yang tak boleh pakai nie, boleh rosak hubungan korunk ngan penjamin nie.... Pikir2 lah kan.. Tuk adeq2 yang akan sambung blajar tuk tahun depan, jangan lah jadi seperti peminjam di atas ye...

Jangan pikir tuk kesenangan sendiri jerk... Pikir2 kan lah orang lain...hhuhuhu


Diakhiri dengan Wassalam...


Like or comment maybe ?

Friday, September 23, 2011

Khas untuk WANITA......

PERINGATAN UTK KAUM WANITA.... MINTA BACA!!! Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!. Be extra careful,ladies...Please pass this on to all the entire ladies out there and also men who love their ladies!! - copy & paste..


Like or comment maybe ?

Thursday, August 25, 2011

SpeedTrap di Semenanjung Malaysia

Dimulai dengan Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t..

Tadi aq ada bace mail pasal SpeedTrap nie.. Kawan aq forward kat aq kat mana yang ada SpeedTrap nie.. Yela kite pon kene lah amik langkah berjage2 kan.. So korunk tengok lah yea.. Tempat korunk ada yang SpeedTrap... huhuhu

PLUS Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

p/s : Jangan bawak laju2.. Ingat lah orang disisi anda & orang yang tersayang.. Selamat Hari Raye Sume.. Selamat Pulang Ke Kampong... ^_^

Like or comment maybe ?

Thursday, August 18, 2011

Kutok Mengutok..

Dimulai dengan Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t..

Petang2 nie kite citer pasal kutok mengutok lak yo... huhu.. Aq nak tanye korunk.. Besh ke dok kutok2 orang nie... satu tempat keje O sekolah???

Elloo.... Korunk ingat korunk tue bagus sangat ker sampai nak kutok2 orang atasan korunk sendiri... Korunk nie tak pikir mase depan betol lah.. Bile2 masa jerk korunk boleh dipecat disebabkan bende nie..

Kot ye pon nak dok mengutok pegi lah dok lepak sesame.. tak payah lah nak dok dedah2 kat FB ke kat web mana2 pon... Korunk nie sememang nye B****.. Cakap tak pakai otak... Sesukati jerk nak dok mengutok orang..

Korunk ingat korunk tue dah bagus sangat ker??? Habaq mai sat.. Aq nak dengaq... *kan da terkuar bahase utara*

Korunk nie tak baek tau nak kutok2 orang di bulan yang mulia nie... Aq bukan nak cakap lah yang aq nie baek bebenor... Tapi kalo aq lah, biarlah die dengan perangai die... Takde lah sampai nak kutok2 macam korunk nie..

Ishhh tak paham aq dengan budak2 zaman skang.. Dah tuo perangai macam budak2... Nak dedah sana nak dedah sini... Tah apa2 tah korunk nie..

Tak paham mokcik... hahahha...

Korunk tak payah lah nak sebuk dok kutok orang.. Cube korunk tengok diri korunk tue cikit.. Elok ka wat perangai macam tue.. Tengoklah korunk dah tuo nanti mesti ada yang dok kutok korunk gak... hhuhu


p/s ~ tobat lah kamu sebelom kamu di tobat kan... hahaha..


Diakhiri dengan Wassalam...


Like or comment maybe ?

Friday, June 24, 2011

Katakan TAK NAK!!!

Dimulai dengan Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t..

Ari nie aq nak bercerita pasal MEROKOK plek... Kenapa aq aq nak cerita pasal nie.. Sebab nyer sekati aq lah kan.. Blog aq ke ko.. hhuhu...

Takde lah.. Sebab utama nyer adalah aq menyampah dengan orang yang merokok nie... Menyampah tak menyampah, aq pon dapat pakwe yang kuat merokok gak... huhhu..

So korunk janganlah menyampah sangat....

So kite kene cakap tak nak kepada c perokok2 sekalian alam nie...


STOP!!!!! Tapi ada ker perokok2 sekalian alam nie nak dengar??.. Takde maknenyer... Cube lah korunk tengok kat Malaysia nie.. Makin ramai yang merokok adalah... Cakap lah macam mana pon.. Diorang takkan dengar punyer... Laki ke pompuan ke sume same jerk kalo dah terjebak...

Apa lah yang ada dengan rokok nie.. Tak takut dengan KEMATIAN pe... Memang lah setiap manusia akan merasa kematian suatu ari nanti.. Cume yang membezakan cepat @ lambat jerk ajal diorang nie.. Kalo dah terjebak dengan bende nie, maknenyer memang cari maut nama nyer...

Suruh berenti ada je alasan nyer.. Baik kawen jerk dengan rokok nie... Tido same2, mandi same2.. boleh dikatakan lah sume nyer bersame... Menyampah aq..

Sampai kan aq suruh my hubby buat pilihan.. Samada pilih aq O rokok nie... Tau pulek tak dapat buat pilihan... Same macam nak pilih mati O hidup.. Bukan susah pon nak pilih kan... Tengok lah kuat tak kuat die merokok sampai tak boleh nak try berenti... huhh..

Aq pon pelik lah... Ada apa dengan ROKOK nie??? Cube habaq mai sikit... Aq pon tak tau lah nak pujuk die berenti nie macam mana... huuu..

So aq nak ingatkan lah kepada Perokok sekalian alam termasuk lah my hubby, Berenti lah merokok.. Ingat lah orang tersayang dan sekeliling anda... Jangan kerana rokok, hidup jadi kucar kacir...


Diakhiri dengan Wassalam

Like or comment maybe ?

 
Copyright © . All Right Reserved by Cik Nor