Cik Nor Miss Nor: Spaghetti Meatball

KaWaN YaNg SeTiA

Monday, December 5, 2011

Spaghetti Meatball

Dimulai dengan Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t...



Bahan2:-
Sepeket Spagheti

Meatball:
200g Daging kisar (ayam/lembu)
1 biji Bawang besar (didadu)
2 ulas Bawang putih (dicincang)
Serbuk lada sulah
Garam

Sos Bolognese:
200g Daging kisar (ayam/lembu)
100g Tomato puree
2 ulas Bawang besar (didadu)
3 ulas Bawang putih (dicincang)
2 biji Tomato (didadu)
3 sudu besar Cili giling
2 biji Lobak merah (didadu)
1 sudu teh oregano
Serbuk lada hitam
Gula
Garam
Minyak zaiton
Air
Sos cili (optional)

Cara2 membuat :-
  • Rebus spaghetti sehingga masak
Cara membuat meatball :
  • Semua bahan disatukan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
  • Bulat-bulatkan dan digoreng dalam minyak yang sedikit menggunakan minyak zaiton.
Cara membuat sos bolognese :
  • Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang cina + bawang putih + cili boh hingga pecah minyak.
  • Masukkan daging kisar. Biarkan seketika sehingga daging masak.
  • Masukkan tomato puree, lobak merah, tomato dan air rebusan spaghetti tadi (masuk air biasa pon takpe)
  • Tunggu sehingga mendidih, baru masuk oregano & serbuk lada hitam. Perasakan dengan garam & gula.
  • Kalau nak kuah pekat letak sedikit sos cili.
  • Lastly, masukkan meatball tadi. Kacau sehingga sebati.
Selamat mencuba!!!!!!


Like or comment maybe ?

2 PeNGuLaS:

teratak hati said...

rajinnye buat sendiri sos spageti ngan meatball tu..biase beli yang siap je tinggal msk je trus..mesti lgi sedap buat sndiri kan...

NoR said...

first time buat spageti meatball.. saje nk buat sendiri.. nk bli yg ciap punye tkt xsedp plak...hihihi

 
Copyright © . All Right Reserved by Cik Nor